✖✖Gadis Penglipurlara✖✖
Instagram

About

Linkies

FollowDashboard

My Sad Ending
Friday 3 January 2014 | 1 Comment |
1.1.14 . Satu permulaan yang tak bagus . Aku dah penat nak menangis . Actually , I still love you . Lidah kata benci. Hati kata sayang . Ya Allah , sungguh aku tak sanggup nak hadapi semua ni . Let me tell you something.

First - sebelum kenal

Okay, dia tackel aku kat fb . And aku tau dia fake . Disebabkan aku ni jenis yang malas nak layan orang yang aku tak kenal ni tambah tambah pulak fake . So aku tak layan . And he didn't give up to be friend with me . Macam macam dia IM aku . 

u know why i always disturb u ?because i really really like u.
i know that u may feel annoyed and dislike me but I feel down and can't stand one day without talking to u even we NEVER meet . sorry for disturbing u again
- i go crazy because u no reply . be my friend?u will know that i'm not that annoying
-I'm like xiao people u know
- i will still kacau u even u no reply
-I love you. I'm totally and completely in love with you. And I don't care if think its too late, I'm telling you anyway.
-yana,why u don't reply me ? why u can't accept me as your friend ? I know I'm not nice and very sohai,but please reply this. I never beg like this to girl. u should feel lucky lol

Hang tipu laa kalau hang tak jatuh hati kan . Tapi masa ni aku macam annoyed gila dengan ayat dia apa semua . Sampai lah satu peringkat aku macam cabar dia . Aku tweet ' If you don't wanna be a fucker stop being a faker ' . Sounds like that laa . And aku tau dia marah , tapi memang aku saja nak naikkan darah dia masa tuu . Aku takmau dia ganggu aku lagi . Then aku tak sangka pulak dia nak create account fb yang baru . And I was like ' biar betul hang ni ? ' . But sebelum tu aku pernah laa cakap kat dia aku tak suka kawan dengan faker or stranger . Disebabkan aku janji dengan dia yang aku akan bagi number aku bila dia terus terang . Aku kena laa tepati janji aku walaupun aku tak suka . Pastu kami text . Tapi aku layan dia pun macam nak taknak jaa . Cara tak ikhlas laa . *skip*
                                  
***
Haritu aku hangout dengan jiha and lynn . Ohh , aku lupa nak bagitau , at the same time aku kawan dengan budak ni . Rapat laa jugak . Tapi aku tak terasa nak couple dengan dia . Okay , abaikan . Nak dijadikan cerita dia tau laa aku hang kat mana . Masa tengah tunggu nak masuk cinema , kawan yang aku rapat ni call . Dia cakap dia ada kat situ . Aku pun macam ehh mana mana ? Tengok tengok belakang dia ada . Sembang sembang sembang mengarut mengarut mengarut . Then aku terkantoi mesej dengan si faker ni . Aku pun macam erghhhh ! aku tak suka orang ambik fon aku sesuka hati then check . Lepastu aku dengan kawan aku ni makin renggang . *skip*

Masa tuu lah aku dengan faker ni makin rapat . Aku ingat lagi bila aku sedih dia bagi lagu ni kat aku - Exo K- Baby don't cry- walaupun aku tak suka k-pop ni aku dengar jugak . Tak sangka aku boleh senyum balik . That time , aku dah macam dah jatuh hati kat dia . Tapi kali ke-3 dia mintak baru aku terima . 14.8.2013 . *skip*

Hari hari aku berlalu dengan indahnyaa , hujan ku rasakan bunga bunga cinta . Phuiii ! Setiap kali dapat mesej dari dia , aku senyum. Memang gila lah aku masa tuu . *skip*

Lepas 4 bulan , dia cakap dia akan pindah bulan 1 . 2014 . So aku macam okay laa kan . Aku tanya dia kat mana , dia cakap abroad . **** **** . Sensored . Maaf , aku tak boleh bagitau . Sapa tak patah hati kan , tapi aku okaykan diri aku . Takpa , asalkan masih boleh contact , aku tak kisah :) *skip*

Aku dengan dia makin renggang . No texts , no more OTP , no IM , no DM . Kalau ya pun , sat jaa . Masa tu aku dah tak sedap hati . Aku dapat rasa yang ada benda yang akan berubah . *skip*

31.12.12 aku text dia bapak gila panjang . Sebelum ni aku tak pernah hantar ayat jiwang sampai macam tu sekali . Yang ada ILY , ILYT , IMY . Yang tuu jaa , mungkin sebab aku dah rasa yang aku akan kehilangan sesuatu kot . Lupa nak cakap , dia ni jarang online fb . Twitter tu boleh laa . Lepas aku IM tuu aku tak DM or mention dia pun suruh baca . Tunggu punya tunggu still no reply from him . Aku sabar . 1.1.2014 aku try bukak fb dia . And you know what ?

Sorry! You Entered An Old Password !
Your password was changed at: Wednesday, January 1, 2014 at 4:57pm

Masa tu ya Allah , hati aku dah meronta-ronta . Aku tak give up centu jaa , aku search twitter dia and I got this 'Internal server error. ' . Jantung aku dah macam nak tercabut dah . Macam macam aku try , tapi tetap tak boleh. *skip*

Tadi kawan dia cakap esok 4/1/2014 dia pindah . Aku mintak tolong kawan dia suruh dia reactive balik fb dia . Aku nak cakap ngan dia sat jaa. Tunggu punya tunggu tak online online . Hati ego aku kata " Buat apa nak tunggu dia , entah entah dia langsung tak ingat hang " . Aku ikutkan jugak ego aku . Yahh ! I was wrong . Aku silap . Sekarang aku yang menangis non-stop. Apa perasaan hampa bila kena tinggal centu jaa . Sepatah perkataan pun takdak . Just hilang macam tuu jaa . Serves me right !

***
Sekarang aku tak pasti aku patut tunggu dia ataupun tak . Aku dalam dilema . Bila aku bukak lagu Exo tuu , lagi cepat aku menangis . Dulu lagu tu bagi aku semangat , sekarang lagu tu buat aku susah nak lupa diaa :( Aku harap benda ni takkan berakhir macam ni jaa . Setiap cerita mesti happy ending kan ? I wish it will be like that :') 



Thanks for reading :)


To my Hearthief
Thursday 26 December 2013 | 0 Comment |
Aku tak faham ahh . Kenapa dia buat aku macamni ? Kalau takmau tu cakap laa takmau . Jangan ahh buat aku macam tunggul kayu , takdak perasaan . Dulu masa tackel kemain , pagi petang siang malam IM aku , sekarang kenapa dah takdak tu semua . Kenapa perlu nak bazirkan masa aku , aku bukannya bahan kajian yang boleh di-test test . Aku kalau nak sayang orang tu cukup susah , tapi kalau dah terikat dengan aku tak mudah aku nak lepaskan . Sebab aku takmau orang cakap aku macam macam. Aku bukan pandang rupa , aku tak pandang harta . Tolonglah faham aku :'( Hati aku ada kat hang . Walaupun nanti hang jauh dari aku , aku tetap tunggu hang . Tak kira laa berapa tahun pun aku kena tunggu , aku tunggu . Tak pernah aku boleh tahan sampai macamni sekali . Dengan hang aku nekad . Kalau aku cakap aku tunggu , aku akan tunggu . Tuu ja aku boleh cakap . Bye. Kalau hang baca , tolonglah buat keputusan.


Thanks for reading :)


Hilang
Monday 9 December 2013 | 0 Comment |
Hai , lama dah tak berblogging . So malam ni I nak berceloteh lah sikit setelah sekian lama menyepi kannn . Okay , aku dengan blog rasa macam makin jauh dah , macam aku dengan dia . Jauh jarak , jauh perjalanan , jauh pemandangan , and maybe jauh hati -.- I don't know . Sangat sangat terasa jarak hubungan kami ni . Curiga , syak wasangka , mungkin biasaa . Tapi ahhh , kali ni rasa lain . Ya , mungkin aku terlalu bosan , aku mengaku aku tak seceria dulu . Sekarang ni lebih em pendiam , dah tak huha-huha . Mungkin sebab faktor umur yang semakin meningkat kot . Haa , cakap pasal umur , I'm not ready yet . Mungkin aku akan pindah sekolah , sebab I feel like I'm done with SMK Hosba :) Aku cuba mencari nafas baru , hidup baru . Terlalu banyak kenangan PAHIT & manis kat sekolah tu . Dan , yang sebenar- sebenarnya ialah sebab aku nak mencari diri sendiri, I think I'm not in the right track. Terlalu banyak watak yang aku jadi .Bukan hipokrit . Cuma aku tak tahu siapa sebenarnya aku . Dan aku campur adukkan watak aku sebagai seorang yang ceria , dan sekelip mata boleh jadi murung . Kadang - kadang aku baik dan kadang - kadang jauh aku terpesong . Kadang -kadang aku sangat potpet potpet kadang-kadang aku diam . I lost my identity , i lost my personality -,- Susah nak mencari balik diri sendiri yang hilang berbanding Phone yang hilang . Aku cuba buat itu aku cuba buat ini , tapi erghh , dan sebab tu aku pilih untuk diam . Susah bakhanggggg ,

Okay , i think tu ja kot yang aku nak share memandangkan aku rindu untuk menulis , actually nak luahkan perasaan sebenarnya :) Bye


Thanks for reading :)


Cermin Manusia
Saturday 7 September 2013 | 0 Comment |
Lalu berjalanlah seekor binatang disuatu kaki lima
Yang kotor , jijik , busuk dan hina di mata manusia
 Semua itu bukan keinginannya
 Tapi ...
 Ketentuan takdir yang menentukannya
 Binatang itu kau gelar .... kucing kurap
Ya , dia selalu berkeliaran pada jalan berturap
Tidur bertilamkan atap
Dengan perasaan takut , lapar , gelisah yang tak terperi
Semuanya sudah menjadi adunan yang sebati dalam diri
Dia bukanlah kucing parsi
 Yang kau sanjungi
Dia hanyalah binatang keji
Yang sering kau maki
Hanya menunggu untuk dihina dicaci
Tiap hari mengharapkan sekeping roti
Atau sisa yang basi Itupun sudah memadai
Asalkan dia tidak mati
Terlolonglah manusia sadis itu
"Hey bajingan ! Tempat kau bukan disitu !"
"Pergi kau ! Usah kau datang mengadu!"
"Aku sudah jelak melihatmu!"
 Setiap detik dia menangis
 Memaksa diri untuk mengais
 Harus menongkah wajah yang sadis
Bangsat keparat yang bengis
Wahai Kucing kurap!
Di hari mendatang
Aku pasti kau merasai menang
Sekarang kau terpanggang
Mungkin nanti akan meratap si hati garang :)



Thanks for reading :)


Dear My Future Husband
Tuesday 6 August 2013 | 3 Comment |
Post ni khas untuk Future husband aku yang masih unknown lagi , ini bukan gedik . tapi ni hanyaa tegagai semata-mata :)

Dear my future Zawja,
Saya bukanlah pemidato yang petah berbicara , saya bukanlah penyajak yang lancar menuturkan kata kata indah . Tapi , hati saya mengetahui apa yang ada dalam diri saya .
Saya sedar saya tak sempurna , saya sedar yang saya terlalu banyak melakukan dosa . Saya terlalu alpa ketika saya masih mentah . Awak , saya minta maaf jika awak bukan cinta pertama saya . Saya minta maaf jika saya seolah olah memberi cinta saya kepada yang tidak berhak . Saya minta maaf jika saya terlalu bebas bergaul dengan ajnabi . Saya minta maaf jika saya bukan anak yang baik . Saya minta maaf jika iman saya tidak teguh . Saya minta maaf atas kejahilan saya . 

Namun , percayalah , saya akan cuba memperbaiki ketidaksempurnaan saya . Saya akan cuba untuk mengelak daripada melakukan dosa . Saya akan cuba untuk tidak alpa . Saya akan cuba untuk menjadikan awak sebagai cinta terakhir saya . Saya akan cuba untuk tidak memberikan cinta saya kepada yang tidak ada hak . Saya akan cuba untuk tidak terlalu bebas bergaul . Saya akan cuba menjadi anak yang baik. Saya akan cuba selangkah demi selangkah untuk memperkukuh iman saya . Dan saya akan cuba meninggalkan zaman kejahilan .

Pemilik tulang rusukku ,
Zawji mu akan terima ketidaksempurnaan awak , saya akan menerima awak seadanya , saya berada disisi awak susah atau senang . Saya akan sayang dan cinta awak sepenuh hati saya . Awak , saya mencintai awak bukan kerana rupa tapi saya mencintai awak kerana cinta awak kepada Allah , semakin kurang cinta awak kepada Allah semakin kuranglah cinta saya kepada awak .

Zawja , dengan kehadiran pemilik tulang rusuk Zawji mu , saya berharap kita akan saling menyempurnakan kekurangan diri . Awak akan menegur saya jika saya melakukan dosa . Awak akan selalu mengingatkan saya jika saya alpa . Awak akan selalu membimbing saya ke jalan Allah . Awak akan terima saya seadanya . 

Semua yang saya lakukan ini bukan untuk awak , tapi , kerana ingin mengejar cinta Allah yang hakiki dan saya perlu setia dan menjaga cinta awak yang sementara demi mengejar cinta Allah .

Ditulis daripada Nur Liyana bt Nor Alaihudin pada 6/8/2013 tepat pada jam 9:36 malam kepada pemilik tulang rusuknya.


Thanks for reading :)


Random Post
Saturday 3 August 2013 | 0 Comment |
Hai , Assalamualaikum . Sebenarnyaa aku tak dak apa pun nak tulis . Kalau rasa berminat teruskan membaca , kalau rasa dak boleh tekan kot pangkah yang dekat tab tu , alaa kat atas tu warnaa merah . Haa , nampak ? Aku nak cerita pasal perangai aku yang baru aku sedar akhir-akhir ni .

Pertama , kamu perlu masukkan sedikit garam . Eh eh , silap channel . Iklan jaa tuu , jangan risau .  Benda yang pertama yang aku sedar perangai aku ialahhhh trengtengteng aku jenis yang tak suka merajuk . Ni bukan naik lif tekan sendiri ye kak ? True storyy . Kalau aku merajuk dengan lelaki , aku bukannya serious pun . Saja main aci aci sembunyi . HAHA ,kay tak lawak . Kadang kadang terkantoi time OTP . Sebab aku tergelak .

Kedua is , aku suka dipujuk dan aku akan jadi mengada bilaa dipujuk . HAHA . Lol -,- cena tu ? tak merajuk then nak orang pujuk ? Okay ni cerita kat sekolah , once upon a time , aku buat merajuk dengan kawan aku sebab depa taknak dengar penjelasan aku . Actually depaa saja jaa nak sakat aku . Then aku merajuk . You know what ? ni first time aku merajuk dengan depa selama 3 tahun berkawan, okay , dok esok tuu time baca yassin kat dewan , aku tengok depa dua takmai lagi . So , aku duduk laa kat tempat aku *haritu time exam* Dalam 5 minit kawan aku yang sorang ni mai , dia tarik kerusi duduk tepi aku , then aku kalih kot lain , buat buat tak nampak diaa . Pastu teruih aku kena cubit , pastu diaa kata Eleh mengada ahh hang ni . Hahaha , pastu kami dua tergelak . Haihh , dah laa time baca yassin .

Ketiga , bila aku merajuk , seriously aku takkan contact orang tuu . Then aku takkan bagitau orang tuu sebab apa aku mendiamkan diri . Kadang kadang ex aku pun pelik kenapa tiba tiba aku merajuk . Aku memang macam tuu .

Keempat , aku susah dan tak reti marah orang . Aku rasa kawan kawan aku ramai yang dah sedar tentang ni . Haa , ada satu "kejadian" kat sekolah . Aku tengah ajar math kat Earni , Izzul dengan Anas . Aku tak berapa ingat sebab apa Anas kata " Hang jangan marah aku " . Pastu aku kata "Mana marah pun. " Then Aiman sampuk "Yana bukan reti marah orang " . Haa , see . Chekmai pun rajin kata " hang ni marah ka apa ni ? " Haha , seriously aku tak reti marah orang .Haritu , masa kami tengah jalan pi bengkel , Cekmai tetiba jaa buat ulat bul-bul kat tangan aku , secara spontan aku kataa " Haiii ! " Chekmai ngan syikin kata " Alolo , lembutnya marah. Hang ni cenaa laa kalau ada anak ? tak reti marah langsung. " Teruih depaa gelak kat aku . Nampak dak aku selalu dibuli ? hahaha

Lastly , Kalau aku marah memang meletup duniaa . Susah nak marah tapi bila marahh . Aku bukan jenih maki hamun semuaa ni . Kalau aku marah aku akan tutup pintu bilik kuat kuat sampai nak lekang engsel pintu tuu haa . Dan aku takkan cakap dengan orang yang aku marah tuu sampai aku okay .




Thanks for reading :)


Khas untuk batch '98 :)
Friday 26 July 2013 | 0 Comment |

Embedded image permalink

Assalamualaikum . Okay , firstly , nak ucap takziah untuk keluarga arwah Kasim Selamat a.k.a Fathullah yang meninggal dunia kemarin . Hari Jumaat , Nuzul Quran , bulan puasa . Masyaa Allah , jarang dengar orang meninggal dalam hari hari muliaa macam tu . Dia hamba yang sangat bertuah :') beberapa bulan sebelum arwah meninggal mama dia meninggal . Dia selalu update status pasal mama diaa . Rindu mama dia lah , masakan mama dia . Tapi , Allah kabulkan permintaan diaa . Sedihh jugak cerita diaa eventhough aku tak pernah rapat dengan diaa . Cuma selalu like status diaa pasal mama diaa . Dan dia memang nampak macam budak baik :') Macam mana lahh kalau aku ditempat diaa . Moga dia ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman . Al-Fatihah. Btw , kita yang masih hidup ni kena teruskan hidup .

Esok , kalau aku diberi kesempatan oleh Allah untuk menduduki Peperiksaan Percubaan PMR , insyaallah aku akan duduk ditempat yang disediakan di dewan . Insyaallah , aku akan menerima kertas soalan yang diedarkan dan insyaallah aku akan menjawab soalan soalan dengan tenang :) aku Nur Liyana ingin meminta maaf atas segala kesilapan aku selama ni , dosa aku selama ni . Aku harap hampa semua maafkan hamba Allah yang penuh dengan dosa ini . Dan aku maafkan dosa hampa kat aku , SEMUA . Good luck untuk semua , aku doakan kita berjaya bersama sama :')

Bila tengok soalan latihan yang aku study , Ya Allah . Seriously , aku tension gilaaaaa -,- esok paper Bm dengan sains . Ya Allah , permudahkanlah urusanku dan rakan rakan ku dalam menghadapi Percubaan PMR esok . Berilah sedikit kebijaksanaan-Mu kepada kami . Dengan berkat kebijaksanaan yang ENGKAU berikan maka mudahlah kami dalam mengatur urusan hidup kami di dunia dalam mengejar Syurga Firdaus-Mu .


Thanks for reading :)




Older Post

Short Biodata

Name: Kelibat Gadis
Known as: Gadis
Age: 20-5 years old
Status: Hak Milik Allah
Country: Malaysia
Fav. Colours: Warna Kehidupan
Language: Malay and English
Hobby: blogging, Sleeping, Eating
Fav Quotes: be yourself!
Contact Me: Official Blog

Likes:Semua benda kecuali benda yang tak suka

♥ Eating
♥ Blogging
♥ Chocolates
♥ Ice Cream
♥ Tweet Addict
♥ Black+White
♥ Sleeping
♥ Natural Beauty

Dislikes

✖ Haters
✖ Liars
✖ High heels

Aku hanya manusia biasa . Hamba Allah yang mempunyai sejuta kelemahan. Andai itu takdirku , aku terima dengan rela hati :')