Karma
Wednesday 15 August 2012 | 0 Comment |
Di saat aku memerlukannya di saat itu lah dia ditelan kegelapan. Bagai ada yang iri hati, bagai ada yang cemburu. Aku mengaku aku tidak bisa melawan takdir, hanya Dia yang mengetahui segalanya. Namun disebalik semua itu, timbul keinsafan diri yang tidak terhingga. Hanya Dia bisa memahami keadaan diriku ini. Andai aku boleh mengundurkan masa, tidak ingin aku mengenali dirinya. Walaupun sehari,walaupun sesaat,walaupun sedetik. Kerana aku tahu untuk mencintainya walaupun sehari, sesaat meskipun sedetik sangat mudah tetapi untuk melupakannya, walaupun fikiranku dihiris belati tajam tidak mungkin akan terkesan. Aku tahu dia pernah membahagiakan aku, tapi adakah aku bahagia? Bahagia aku cuma untuk seketika. Segala yang berlaku ada hikmahnya :') Aku percaya pada KARMA.