Khas untuk batch '98 :)
Friday 26 July 2013 | 0 Comment |
Assalamualaikum . Okay , firstly , nak ucap takziah untuk keluarga arwah Kasim Selamat a.k.a Fathullah yang meninggal dunia kemarin . Hari Jumaat , Nuzul Quran , bulan puasa . Masyaa Allah , jarang dengar orang meninggal dalam hari hari muliaa macam tu . Dia hamba yang sangat bertuah :') beberapa bulan sebelum arwah meninggal mama dia meninggal . Dia selalu update status pasal mama diaa . Rindu mama dia lah , masakan mama dia . Tapi , Allah kabulkan permintaan diaa . Sedihh jugak cerita diaa eventhough aku tak pernah rapat dengan diaa . Cuma selalu like status diaa pasal mama diaa . Dan dia memang nampak macam budak baik :') Macam mana lahh kalau aku ditempat diaa . Moga dia ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman . Al-Fatihah. Btw , kita yang masih hidup ni kena teruskan hidup .
Esok , kalau aku diberi kesempatan oleh Allah untuk menduduki Peperiksaan Percubaan PMR , insyaallah aku akan duduk ditempat yang disediakan di dewan . Insyaallah , aku akan menerima kertas soalan yang diedarkan dan insyaallah aku akan menjawab soalan soalan dengan tenang :) aku Nur Liyana ingin meminta maaf atas segala kesilapan aku selama ni , dosa aku selama ni . Aku harap hampa semua maafkan hamba Allah yang penuh dengan dosa ini . Dan aku maafkan dosa hampa kat aku , SEMUA . Good luck untuk semua , aku doakan kita berjaya bersama sama :')
Bila tengok soalan latihan yang aku study , Ya Allah . Seriously , aku tension gilaaaaa -,- esok paper Bm dengan sains . Ya Allah , permudahkanlah urusanku dan rakan rakan ku dalam menghadapi Percubaan PMR esok . Berilah sedikit kebijaksanaan-Mu kepada kami . Dengan berkat kebijaksanaan yang ENGKAU berikan maka mudahlah kami dalam mengatur urusan hidup kami di dunia dalam mengejar Syurga Firdaus-Mu .