✖✖Gadis Penglipurlara✖✖
Instagram

About

Linkies

FollowDashboard

Dear My Future Husband
Tuesday 6 August 2013 | 3 Comment |
Post ni khas untuk Future husband aku yang masih unknown lagi , ini bukan gedik . tapi ni hanyaa tegagai semata-mata :)

Dear my future Zawja,
Saya bukanlah pemidato yang petah berbicara , saya bukanlah penyajak yang lancar menuturkan kata kata indah . Tapi , hati saya mengetahui apa yang ada dalam diri saya .
Saya sedar saya tak sempurna , saya sedar yang saya terlalu banyak melakukan dosa . Saya terlalu alpa ketika saya masih mentah . Awak , saya minta maaf jika awak bukan cinta pertama saya . Saya minta maaf jika saya seolah olah memberi cinta saya kepada yang tidak berhak . Saya minta maaf jika saya terlalu bebas bergaul dengan ajnabi . Saya minta maaf jika saya bukan anak yang baik . Saya minta maaf jika iman saya tidak teguh . Saya minta maaf atas kejahilan saya . 

Namun , percayalah , saya akan cuba memperbaiki ketidaksempurnaan saya . Saya akan cuba untuk mengelak daripada melakukan dosa . Saya akan cuba untuk tidak alpa . Saya akan cuba untuk menjadikan awak sebagai cinta terakhir saya . Saya akan cuba untuk tidak memberikan cinta saya kepada yang tidak ada hak . Saya akan cuba untuk tidak terlalu bebas bergaul . Saya akan cuba menjadi anak yang baik. Saya akan cuba selangkah demi selangkah untuk memperkukuh iman saya . Dan saya akan cuba meninggalkan zaman kejahilan .

Pemilik tulang rusukku ,
Zawji mu akan terima ketidaksempurnaan awak , saya akan menerima awak seadanya , saya berada disisi awak susah atau senang . Saya akan sayang dan cinta awak sepenuh hati saya . Awak , saya mencintai awak bukan kerana rupa tapi saya mencintai awak kerana cinta awak kepada Allah , semakin kurang cinta awak kepada Allah semakin kuranglah cinta saya kepada awak .

Zawja , dengan kehadiran pemilik tulang rusuk Zawji mu , saya berharap kita akan saling menyempurnakan kekurangan diri . Awak akan menegur saya jika saya melakukan dosa . Awak akan selalu mengingatkan saya jika saya alpa . Awak akan selalu membimbing saya ke jalan Allah . Awak akan terima saya seadanya . 

Semua yang saya lakukan ini bukan untuk awak , tapi , kerana ingin mengejar cinta Allah yang hakiki dan saya perlu setia dan menjaga cinta awak yang sementara demi mengejar cinta Allah .

Ditulis daripada Nur Liyana bt Nor Alaihudin pada 6/8/2013 tepat pada jam 9:36 malam kepada pemilik tulang rusuknya.


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post

Short Biodata

Name: Kelibat Gadis
Known as: Gadis
Age: 20-5 years old
Status: Hak Milik Allah
Country: Malaysia
Fav. Colours: Warna Kehidupan
Language: Malay and English
Hobby: blogging, Sleeping, Eating
Fav Quotes: be yourself!
Contact Me: Official Blog

Likes:Semua benda kecuali benda yang tak suka

♥ Eating
♥ Blogging
♥ Chocolates
♥ Ice Cream
♥ Tweet Addict
♥ Black+White
♥ Sleeping
♥ Natural Beauty

Dislikes

✖ Haters
✖ Liars
✖ High heels

Aku hanya manusia biasa . Hamba Allah yang mempunyai sejuta kelemahan. Andai itu takdirku , aku terima dengan rela hati :')